Kamis, 21 April 2011

"MUNAFIKKAH AKU?"

Sabda Rasulullah SAW : Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila diamanhi ia khianati, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila bertengkar ia ingin menang ( walaupun salah) - (Hadis riwayat Bukhari)


Wahai diri! mampukah engkau menjadi seamanah Guru mu Muhammad Rasulullah S.A.W, yang dipercayai orang yang Yahudi musuhnya untuk menyimpan harta? Wahai diri, bilakah engkau ingin mengikut jejak Ikutan mu yang dipercayai kata-kataNYA pabila dia bersuara walaupun dikalangan musuhNYA sebagai Dia pernah bertanya penduduk Makkah, adakah kamu akan percaya jika AKU katakan disebalik bukit ini ada musuh yang ingin menyerang? penduduk Makkah menjawab: kami percaya kerana kami tahu KAMU orang yang berkata benar.

Wahai diri! bagaimana dengan janji-janji yang pernah engkau lafazkan? Allah berfirman, "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah( mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat." (QS. An-Nahl (16) : 91)

Wahai diri! apa yang engkau lakukan dikala bersalah dan berkelahi? menyedari kesalahan diri atau tegar menahan EGO mu yang meninggi?


Wahai diri! Munafikkah aku?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Saya mengharapkan tanggapan Anda tentang postingan diatas, silahkan tuliskan komentar Anda di kolom ini. Terima Kasih