Jumat, 15 April 2011

CIRI-CIRI ORANG YG TERJANGKIT PENYAKIT SOMBONG

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar : Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum " Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.


Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri - ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.

2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.

3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang , keturunan baik dan sebagainya.

4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.

5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.

6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.

7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.

8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.

9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

Apakah ciri - ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong , dan kita dalam kemurkaan Allah. Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Saya mengharapkan tanggapan Anda tentang postingan diatas, silahkan tuliskan komentar Anda di kolom ini. Terima Kasih